Tuesday, 7 January 2014

Penglipur Lara

Dengarkan lagu daripada band Dish - Penglipur Lara. Lagu ini dipetik daripada album Deklamasi. Selamat mendengar.


Lirik & Kord Gitar
Dish - Penglipur Lara

Intro
D // F# / G - 4X

Verse 1
D // A // G / A / D // - 2X
Wahai penglipur wahai lara
Telah ku laksana segala rasa
Wahai penglipur wahai lara
Telah ku ingkari segala rahsia

Bridge
G / A / D // - 2X
Gadai diri demi nama oh oh
Gadai nama demi harta

Chorus
G / A / D / Bm - 2X
Itu bukanlah sifat yang perwira
Itu bukanlah sifat perwira

Verse 2
D // A // G / A / D // - 2X
Wahai penglipur wahai lara
Mari berhibur bersama sama
Wahai penglipur wahai lara
Goyangkan pinggul ikut irama

Bridge
G / A / D // - 2X
Andai kami terkasar bahasa
Ampun maaf amat dipinta

Chorus
G / A / D / Bm - 2X
Itu bukanlah sifat yang perwira
Yang tamak harta dan nama

Solo

Chorus
G / A / D / Bm - 2X
Itu bukanlah sifat yang perwira
Yang tamak harta dan nama
 

Monday, 6 January 2014

ES File Explorer

Pengurus fail terbaik untuk android.

Di sini, saya ingin memperkenalkan satu aplikasi Android untuk menguruskan fail-fail di dalam telefon dan tab iaitu ES File Explorer.

Kenapa saya mengatakan yang ES File Explorer ini adalah terbaik adalah kerana ianya sangat mudah digunakan dengan fungsi dan tools yang banyak. Selain itu juga, sistemnya mudah digunakan kerana menyerupai Windows.
ES File Explorer menyediakan Fast Access untuk memudahkan pengguna ke jalan pintas untuk memilih fail. Ia juga lengkap dengan tool-tool yang mudah dan lengkap di dalam satu aplikasi.

Kelebihan utama aplikasi ini adalah pengguna boleh mengubah view setting aplikasi ini sepertimana pada windows. Dengan ini, aplikasi ini adalah terbaik kerana memudahkan pengguna untuk melihat fail-fail bersesuaian dengan kehendak pengguna.

Sekian, terima kasih.



Sunday, 5 January 2014

Memancing di Sepang Gold Coast.

Pada 27 Disember 2013 yang lepas, kitorang telah memancing dari atas rumah hotel Sepang Gold Coast, Sepang. Kalau diikutkan memang tak boleh memancing pun kat atas hotel ni. Tapi alang-alang dah tido atas ni, kitorang seludup je pancing bawak dalam beg gitar. (Hahaha). Ape-ape pun kita layan je gambar ni dulu.
 
Encik Nizam bergambar dengan ikan Daun Baru yang dipancing aku (Huhu).
Daun Baru





Ini dia koleksi kitorang memancing selama dua hari di sana. Banyak dapat ikan Gelama, seekor anak ikan Semilang dan seekor ikan Daun Baru. Ok la puas hati la gak dapat lepaskan gian memancing.

Dan ini ikan yang memang tak kalah, dapat banyak sangat. Kalau boleh makan dah untung sangat dah dekat 30 ekor dapat. IKAN BUNTAL. Bila tarik pancing dapat ikan ni memang tahan jela sabar.

Beza semasa ikan buntal pada keadaan biasa VS kembung. Comel je hehe.



Sebelum mengakhiri cerita ini, kita layankan gambar-gambar di Gold Coast Sepang ini dahulu.






* Klik pada gambar untuk resolusi tinggi.


Sekian, terima kasih.


Semua gambar adalah dirakam menggunakan Nikon D7000 18-105mm dan kepunyaan pemunya blog ini.

Thursday, 26 December 2013

Sepang Gold Coast

Esok kena pergi Gold Coast Sepang di Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk aktiviti Jabatan. Walaupun dah dua kali pergi ke sana, rasa teruja nak pergi tu tetap ada sebabnya Gold Coast Sepang ini adalah satu tempat percutian yang sangat menarik kepada semua.

Tuesday, 17 December 2013

Those were the days

Roots N Boots performed at Main Stage, Rock The World 13. The best performance of all.







Satu persembahan yang cukup bertenaga oleh Sood & Roots N Boots. Persembahan yang dinanti-nantikan oleh semua yang datang ke acara ini Skinhead khususnya. Kata-kata akhir, Made in Malaysia.

Monday, 16 December 2013

PopKonspirasi @ Rock The World 13

Punk + Pop + Ska = Popkonspirasi.


Kita layan video ni dulu....





Band yang cukup menghiburkan. Persembahan bermula lambat sedikit disebabkan set drum menghadapi masalah teknikal dan vokalis sempat lagi menyanyikan lagu Flop Poppy yang sedang beraksi di main stage semasa menunggu set drum dibetulkan. Hahaha. Kesuluruhan persembahan menghiburkan.




* Semua gambar & video diambil menggunakan kamera Nikon D5100 - 18-105mm.

United Kids of Oi! @ Rock The World 13

Band Oi! dari Sarawak. We are the youth.



Vokalis

Slash?

United kids of Oi!


Band Oi! / Skinhead dari Sarawak. Di antara band yang ditunggu-tunggu ramai penonton pada hari tersebut. United Kids of Oi! telah membuktikan mereka diterima dengan dendangan lagu-lagu mereka termasuklah lagu cover daripada band A.C.A.B iaitu We are the youth.



* Semua gambar & video diambil menggunakan kamera Nikon D5100 - 18-105mm.